24 Jam Yang Sama

 

2023 -
"We're racing against time, yet there are so many things to learn."

Itu sangkaan aku, dan mungkin segelintir yang membaca. Tentang hari-hari yang berlalu, bermakna hampir lebih dua tahun jugalah seketul diri ini berusaha keluar dari zon selesa. Untuk melawan sisi introvert yang muncul bila nak approach pesakit, to overcome fears setiap kali nak buat procedure, untuk ingat banyak teori yang melibatkan nyawa manusia, and the list goes on. It was hard, but bearable at times.

Tahun yang mendidik; untuk bertumbuh dengan baik, walaupun terkadang perlu air mata untuk melalui setiap prosesnya.

Hampir setiap hari rasanya berkejar dengan masa. Tanggungjawab yang sebenarnya banyak, dan waktu yang terasa makin lama, makin singkat. Tapi bila difikirkan semula, aku tetap ada 24 jam yang sama. Tetaplah, masa yang disebut dalam Al-Quran, bahawa manusia akan berada dalam kerugian kecuali yang beriman, beramal soleh, serta berpesan kepada kebenaran & kesabaran.

Masa tak pernah berubah. It's me; who needs to change. To maximize the qualities of my good deeds within the allocated time, as long as I'm still here.

Terlalu banyak cerita di tahun ini, yang tak mampu dinukilkan satu persatu. Intinya; waktu tak menunggu manusia untuk beramal. Amal hanya akan menjadi sia-sia tanpa ilmu dan ikhlas. Adakah aku masih punya masa untuk memperbaiki segala yang lopong dan kosong?

Harapnya, begitulah.

Semoga Allah kurniakan masa yang berkat. 


Comments

Popular posts from this blog

Alone, But Longing For A Home.

Tuhan, Aku Menyerah.