Posts

Showing posts from 2024

Tuhan, Aku Menyerah.

Image
  14/9/2024. Hari ini, aku takkan lupa..  Betapa aku mengharapkan belas ihsan dan kasih sayang Tuhan, untuk diriku yang masih banyak kelalaian.  Betapa aku dah tak berharap apa-apa lagi dengan dunia yang cukup mematahkan.  Betapa inginnya aku.. untuk tak memahami semuanya. Untuk tak lagi berlawan dengan garis takdir yang tak seiring dengan apa yang aku harapkan.  Tuhan, aku menyerah.  Turunkanlah kebaikan dan rahmat-Mu untukku yang sedang putus asa. 

Catatan Akhir Ramadan 1445H

Image
"To be in a mindful state." Mindful; to be fully present, aware, careful, conscious of something. Antara harapan sederhana aku untuk Ramadan kali ini. Dalam erti kata lain; untuk selalu berhati-hati, berjaga-jaga dalam apa jua perkara yang aku lakukan selepas keluar dari madrasah ini. Untuk selalu beringat; bahawa Allah sentiasa ada untuk melihat, memerhati, dan menilai. Untuk selalu sedar, bahawa rahmat dan ampunan Allah.. sangat luas untuk hamba-Nya yang sering melampaui batas. Sedar tak sedar, bulan ini banyak melatih sebenarnya. Bermula dari niat sehingga perkara-perkara yang membatalkan puasa itu sendiri. Banyak yang kita kena jaga-jaga. Sebab pada akhirnya, outcome dari Ramadan itu; "agar kamu bertaqwa."  God-consciousness. Fear of Allah.  Allah nak didik supaya kita belajar, ada banyak hal dalam dunia ini, yang kita wajib taat dan perlu juga jaga batas. Jangan keluar dari had-had larangan, yang Allah dah tetapkan. Bukan setakat hubungan dengan Allah, tapi jug...