Catatan Akhir Ramadan 1445H

"To be in a mindful state."

Mindful; to be fully present, aware, careful, conscious of something.

Antara harapan sederhana aku untuk Ramadan kali ini. Dalam erti kata lain; untuk selalu berhati-hati, berjaga-jaga dalam apa jua perkara yang aku lakukan selepas keluar dari madrasah ini. Untuk selalu beringat; bahawa Allah sentiasa ada untuk melihat, memerhati, dan menilai. Untuk selalu sedar, bahawa rahmat dan ampunan Allah.. sangat luas untuk hamba-Nya yang sering melampaui batas.

Sedar tak sedar, bulan ini banyak melatih sebenarnya. Bermula dari niat sehingga perkara-perkara yang membatalkan puasa itu sendiri. Banyak yang kita kena jaga-jaga. Sebab pada akhirnya, outcome dari Ramadan itu; "agar kamu bertaqwa." 

God-consciousness. Fear of Allah. 

Allah nak didik supaya kita belajar, ada banyak hal dalam dunia ini, yang kita wajib taat dan perlu juga jaga batas. Jangan keluar dari had-had larangan, yang Allah dah tetapkan. Bukan setakat hubungan dengan Allah, tapi juga dengan manusia.

Dunia ini penat dan melelahkan, sebab nak dapat syurga bukan hanya dengan angan-angan. Ada masa, kita semangat nak jadi orang baik. Tapi ada waktu, rasa nak putus asa. Take a pause. Berhenti rehat, dengan cara yang sebaiknya bukan mengalah. 

Dan sampai bila nak berjuang? Sampai.. kita termasuk dalam kalangan hamba-Nya yang terpilih.

29 hari dah berlalu. Mungkin rutin selepas ini akan kembali sama. Mungkin akan banyak kekurangan, demi kekurangan dalam diri sendiri yang kita akan temui asbab harus melawan musuh-musuh; syaitan, nafsu. 

Tapi semoga rasa rindu, cinta, dan istiqamah tetap ada. Semoga juga, Ramadan berlalu pergi bersama dengan dosa-dosa kita yang telah diampunkan.

Semoga bertemu lagi, Ramadan;
bulan kebaikan, kerinduan 🥹

Comments

Popular posts from this blog

Alone, But Longing For A Home.

Tuhan, Aku Menyerah.

24 Jam Yang Sama